TINJAUAN KEGUNAAN UBAT-UBATAN TRADISIONAL DI TAMU TERPILIH DI SABAH

DRAF LAPORAN AWAL

JANUARI 1999

PENYELIDIK:  SITI ROKIAH MOHAMAD (PELAJAR LATIHAN INDUSTRI, UMS)

PENYELIA INDUSTRI:  MARY SINTOH

 

green_horizontal_bar.gif (106 bytes)

ABSTRAK

Kajian ke atas kegunaan tumbuhan-tumbuhan ubatan yang dijual di tamu-tamu terpilih di Sabah telah dilakukan bermula 27 November sehingga 23 Disember 1998.   Dalam kajian ini, enam buah tamu telah dipilih sebagai subjek kajian.   Tamu-tamu tersebut termasuklah Donggongon, Tuaran, Gaya Street-KK, Putatan, Tamparuli dan Asia City-KK.  Kajian menunjukkan spesies-speses dari famili Annonaceae, Datiscaceae, Euphorbiaceae, Gnetacea, Lauraceae, Leguminosea, Myrsinaceae, Palmae, Rubiacea, Simaroubaceae dan Zingiberaceae merupakan tumbuhan yang kerap dijual dan digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.  Penyakit-penyakit yang biasa dirawat termasuklah cirit-birit, sakit perut, gastrik, keracunan makanan, rawatan selepas bersalin, buang angin dalam badan, panas badan, pening, demam, sinus (resdong), sesak panas, anti-kanser, penyakit kuning, batuk-batuk, sakit kerongkong, lemah badan, ubat perancang keluarga, terseliuh dan sebagainya.  Di antara tumbuhan yang kerap digunakan bagi rawatan selepas bersalin ialah Gnetum macrostachyum atau Caesalpinia sappan (Kayu Sapang), Dalbergia parvifolia(Tampan), Croton caudatum (Manjakani) dan Curcuma longa (Ibu Kunyit).  Bagi mengubati sakit perut dan buang angin, tumbuhan herba seperti Paedaria verticellata (Taud), Octomeles sumatrana (Kokos) dan Curcuma xanthorrhiza (Halia Merah) kerap digunakan.  Kegunaan pelbagai tumbuh-tumbuhan lain umpamanya seperti bahagian tumbuhan yang digunakan serta kategori ubat akan dibincangkan dalam laporan ini.

 

SENARAI TUMBUHAN UBATAN

Tumbuh-Tumbuhan Ubatan Yang Terdapat Di Tamu Terpilih Sabah

Berikut adalah senarai tumbuh-tumbuhan yang dijual di tamu-tamu terpilih di Sabah

Jadual 1:  Senarai Tumbuhan Ubatan Di Tamu Terpilih Di Sabah

Famili/spesies Nama Tempatan Kegunaan Bahagian yang digunakan Kategori ubat
RUBIACEAE

Paedaria verticellata

Taud (KD) Ubati sakit perut Batang Tonik
SIMAROUBACEAE

Eurycoma longofolia

ANNONACEAE

Polyalthia bullata

Tongkat Ali Anti-malaria Akar Tonik
DATISCACEAE

Actomeles sumatrana

Kokos (KD) Buang angin Batang Tonik
GNETACEAE

Gnetum macrostachyun

LEGUMINOSAE
Caesalpinia sappan

Sapang (KD) Buang angin (lepas bersalin)

Panas badan

Akar dan Batang Tonik
LEGUMINOSAE

Dalbergia parvifolia

Tampan (KD) Mencuci rahim (Lepas bersalin) Kulit Kayu Tonik
ZINGIBERACEAE
Curcuma xanthorrhiza
Temulawak/Halia merah Buang angin badan Rizom Tonik
TDKP Tamburau/kayu langit (KD) Halau hantu Kulit kayu
TDKP Gaangon (KD) Sinus (resdong) Batang berongga Pernafasan
TDKP Bulungkut/Makanan Semut (KD) Pening

Demam panas

Anti-kanser

Seluruh induk Tonik
{ALMAE

Areca catechu

Pinang Hilangkan batuk

Sakit kerongkong

Biji Pernafasan

 

EUPHORBIACEAE

Croton caudatum

Manjakani Lepas bersalin Biji Tonik
ZINGIBERACEAE

Curucuma longa

Ibu kunyit Lepas bersalin

Buang angin

Rizom Tonik
MYRSINACEAE

Ardisia crenata

mata ayam Ubat gastrik Biji Penghadaman
TDKP Rumput Fatimah Lepas bersalin Seluruh induk Tonik
TDKP Raja kayu Keracunan makanan Batang Penghadaman
TDKP Petagar payung Lemah badan Ranting(objek berpintal) Tonik
TDKP Daun perawan Ubat perancang

Lemah badan

Awet muda

Daun Tonik
TDKP Buah hutan Lemah anggota badan Buah Tonik
TDKP Tongkoi Buang angin (wanita) Akar Tonik
TDKP Rumput laut Buang panas Seluruh induk Tonik
LAURACEAE

Cinnamomum camphora

Kayu manis Buang panas Batang Tonik
TDKP Ginseng Kurang sihat

Tambah tenaga

Akar Tonik
TDKP Rumput tulang ayam Penyakit kuning Seluruh induk Tonik
TDKP Ha bu chaw Buang panas Batang Tonik
TDKP Nyew chin Krem/terseliuh Batang Tonik
TDKP Teck chi Sesak nafas Kulit kayu Pernafasan
RUTACEAE

Citrus sp

Limau Buang panas Kulit Tonik

TDKP - Tidak dapat dikenalpasti

Nama tempatan yang digariskan - diimport dari China

 

RUJUKAN: Sintoh & Mohammad, IDS (Sabah ), Jan, 1999.